Wednesday, 6 April 2016

Anak Dua Rupanya


Aku ada satu lagi masalah. Khalid sekrang dah 4 tahun 5 bulan, Khalil pulak dah 1 tahun 3 bulan. Aku selalu akan spend masa aku dengan Khalid berdua je. kadang-kadang bawak dia pergi shopping, bawak keluar kemana-mana hanya kami berdua. bila dah keluar dengan Khalid memang selalu lah kena paw kan, dia nak coklat lah, ice cream lah, toys etc. kalau makanan memang aku akan selalu beli untuk dia sorang je, tapi bila toys, masa beli tu pon aku beli satu je untuk khalid sorang. pastu bila sampai rumah baru teringat alahai untuk Khalil lupa beli. Khalil pulak dah besar dah pandai main. mulalah dia tengoooook je toys baru abang dia. bila mintak abang tak bagi sebab abang pon baru dapat x puas main lain. bila pujuk-pujuk Khalid dia bagi la adik dia pegang kejap pastu mintak balik. adik ni tengooook je lagi. lepas tu mula lah aku ni rasa bersalah memanjang. huhu..

lepas ni kena beringat anak-anak dah besar kena beli sorang satu.

Wednesday, 30 March 2016

PhD Progress



Alhamdulillah. senyap sunyi aku dari blog ni. sebab ada ujian sikit dari Allah hujung tahun lepas. akhirnya aku lega sebab dah dapat keluar dari kandang rimau. syukur sangat.

aku ambil nasihat Dr. Zhang, salah sorang post-doc di ofis aku, jangan ikut orang, buat PhD ni ikut kemampuan kita. jangan sebab orang nak habis awal kita pon sibuk nak habis awal. tapi perjalanan PhD kita terlalu berbeza. biarlah orang dapat habiskan PhD ontime. itu rezeki dia. PhD ni bukan nya macam kerja. ini research awak. kajian awak tentang apa yang awak suka. bukan kerja untuk puaskan hati orang.

terima kasih Dr.Zhang, Dr.Zhang merupakan seorang yang berasal dari China. dia dah tua dan sangat baik hati. selalu panggil aku untuk beri nasihat. dan aku suka cara dia memberi nasihat.

apa pun aku bersykur dengan apa yang aku ada sekarang. kata-kata Nick sangat terkesan di hati aku. "Phd is not about your reseach. its actually about how you learn your environment." dan walaupun baru sebulan, dia sangat kenal aku, apa yang aku suka. apa yang aku tak suka. walaupun nick dah x bekerja di UoM lagi tapi, dia bantu aku personally. terima kasih Nick. Nick sangat baik. Nick sangat menghormati semua staff dia yang lain. Nick tak pernah ganggu ketenteraman awam. tetapi Nick bukan Islam. Nick pilih cara yang kurang tepat untuk hilanngkan depressi kehidupan peribadi beliau. lalu membuatkan Nick terpaksa pergi. Aku redha.  walaupun baru sebulan bekerja dengan Nick, terlalu banyak perkara yang aku belajar. research aku dengan Nick pon sangat jelas dan mudah untuk aku faham. tak seperti yang dua tahun lalu. aku hilang arah.

mungkin aku tak tercapai standard bekerja dengan Mo. Mo mungkin perlukan seorang yang sangat expert. untuk hasilkan results kilang dia. jadi dia tak perlu guide lebih2. tapi berbeza dengan aku, yang takde pengalaman, aku perlukan bimbingan. kata2 semangat. kata2 dorongan. bukan caci maki.

aku rasa macam 'i just get my life back'. rasa baru boleh bernyawa. Alhamdulillah. aku tahu Allah ada plan yang lebih baik untuk aku.



Tuesday, 2 February 2016

Luahan Hati Eta


Hidup ini adalah sebuah perjalanan yang oenuh dengan pengajaran yang sangat bermakna. sebagai seorang Islam aku yakin dengan setiap percaturan Allah. kita perlu melangkah ndan terus melangkah dengan kebergantungan kepada Allah sepenuhnya.

harini hari ulangtahun kelahiran Wan Khalil yang pertama. Aku masih tak sangka yang my baby boo akhirnya berumur setahun. terlalu banyak kenangan manis sepanjang tahun kelahiran Wan Khalil, iaitu tahun 2015.

happy first birthday sayang.

aku masih banyak belajar dalam semua perkara. aku masih belajar menjadi seorang ummi yang terbaik untuk anak-anak aku. Impian aku mahu mereka membesar menjadi manusia yang gembira. aku mahu mereka membesar dalam keadaan selesa dan selamat bila bersama aku dan suami. anak-anak ni terlalu fragile.

Terima kasih Allah.


Monday, 21 September 2015

Out 5th Anniversary


18 September yang lalu adalah anniversary aku dan suami yang ke 5 tahun. alhamdulillah baru nak masuk tahun yang ke 5. rasa macam baru je kawen nye pon. tup-tup dah 5 tahun.


 takde special celebration pon sebab jatuh pada hari jumaat dan hari pertama khalid ke sekolah. jadi pagi tu aku siap-siapkan khalid. hantar ke sekolah, then husband pulak get ready untuk solat jumaat. balik dari solat jumaat tu husband buat surprise bagi aku 2 dozen bunya rose merah dan coklat. i'm happy to the max. hehe



alhamdulillah semoga Allah terus merahmati keluarga kami. aminnn

Wednesday, 2 September 2015

J-Breathing Teknik



entry ni nak continue dari entry Kenapa Aku Pilih Homebirth. harini macam ada mood sikit nak menulis sebab semalam ada progress meeting dengan supervisor. Alhamdulillah segala berjalan lancar. insyaAllah my first IEEE publication akan di publish October nanti. syukur Alhamdulillah.

sebenarnya aku nak cerita macam mana cara aku hadapi kontraksi yang sangat lama dan tsunami. kenapa aku kata tsunami sebab kontraksi aku kuat gila dengan sela masa 1-2 minit je untuk lebih dari 8 jam. ya allah penat tahu.

bila aku dapat tau aku pregnant, aku memang takut bila teringat sakit nak bersalin. seingat aku, masa sakit bersalin kan Khalid, aku melolong  meraung sebab sakit. sampai terfikir menyesal and itulah kali pertama dan terakhir aku ,engandung dan bersalin. ok dah decide sesiap. haha. dan bila aku dapat tau aku mengandung lagi. takutnyaaaaaa. tahu tak takut nak rasa sakit bersalin tu.

pastu masa aku 5 bulan mengandung, cousin aku Dell besalin anak no dua..dan dia ada cerita pasal birth story dia, macam mana dia apply breathing technique untuk counter rasa sakit contraction tu. lepas tu ada jugak sorang lagi kawan aku cerita pengalaman bersalin dia dengan apply teknik yang sama..jadi aku pon cuba la cari maklumat sikit..buku, website, dan youtube menjadi sumber aku.

aku betul-betul belajar masa dah 37 minggu. sebab masa tubaru free..tu pon belajar dekat youtube je. type je J-Breathing technique and gentel birth ke apa ke, banyak la video keluar. banyak jugak tips-tips yang aku dapat dari website gentle birth ni. korang boleh google sendiri lah, banyak sangat website yang provide tips-tips tu.

Yang penting kita sendiri kena jaga kesihatan, makan secara sederhana..kawal pengamblan gula dan garam, active dan positive, Alhamdulillah Allah permudahkan urusan aku. memang aku sentiasa bedoa mintak Allah bagi kesiahatan yang baik dekat aku.

salah satu cara yang aku apply untuk layan kontraksi tu ialah, J-Breathing teknik. tapi kalau ikut youtube tarik nafas perlahan dan hembus pon perlahan jugak. tapi aku tak bleh. bila aku tarik nafas, bila masa nak lepaskan nafas tu aku kena humming, so bunyi la "mmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm" atau "aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa". panjang kan aku taip huming aku tu. sebab kalau boleh hembus nafas pelan-pelan sampai 20 seconds. tapi aku tak lepas. paling lama 15 seonds je. dan masa tarik hembus nafas sambil humming ni, aku tutup mata dan bayangkan perkara yang indah-indah. memula aku ikut tips dalam youtube tu, dia cakap cuba bayangkan kita naik belon panas..memula rendah..lama-lama naik sikit..naik sikit...dan dari atas nampak pemandangan indah. ala..macam belon panas dekat Cappadocia tu




aku cuba bayangkan macam tu tapi tak boleh. aku asyik terbayang suasana lain...bila kontarksi datang...aku tutup mata,..dan automaticcaly aku terbayang suasana air terjun..yang ada banyak pokok lavender yang ebrbau sangat wangi. dan dekat situ ada tasik yang warna keunguan dan aku terbayang yang aku tengah mandi dalam tasik tu.



macam dalam gambar atas ni la lebih kurang walaupon dalam imaginasi aku lain sikit. bila aku humming sambil layan imaginasi aku, aku lupa yang aku tengah sakit. dan memang tak terasa sakit kontraksi tu. MasyaAllah aku sampai rasa seronok tau layan kontraksi kali ni. alhamdulillah dari awal sakit sampailah bersalin aku apply teknik ni dan alhamdulillah sangat membantu..walaupon penat tapi aku tak stress. bila dah bersalin aku masih teringat saat layan kontarksi tu. best sangat.

harap kalau ada rezeki mengandung lagi Allah bagi lagi aku peluang nak merasa saat-saat macam tu. aminnn

Monday, 31 August 2015

Bahagia Dengan Bersyukur



"Bahagia akan datang bila kita selalu bersyukur"

the past few month aku selalu stress
aku rasa aku tak happy
aku rasa life aku terlalu complicated
aku rasa aku useless dan macam-macam lah
penuh dengan negative vibes
until one day..

aku pergi Stoke-on-trent,
melawat kawan lama aku yang dah bermastautin di sana.
janji dengan depa nak pergi ziarah dari last year, tahun ni baru pergi. ampukan kami
pergi Manchester ke Stoke dengan train sekejap je. setengah jam dah sampai. memang awal lah kitorang sampai. pukul 10 pag dah sampai dah. tuan rumah pon tak siap lagi. haha. xpe kitorang x kisah. asalkan dapat jumpa sudahlah. 

sembang-sembang tanya kabo..tetiba tuan rumah ,H, dapat call dari sorang lagi kawan kitorang jugak. dia tengah mengandung masa tu. tapi sebab ada sikit komplikasi..dia terpaksa bedrest di hospital sampai deliver.
kawan aku yang pregnant ni namanya D, so H pon bagitau D yang aku pon ada kat rumah dorang, and jemput D datang join kitorang sebab D dapat wardleave untuk haritu..
bila D sampai keadaan makin meriah la..kitorang sambung-sambung sembang..sampailah D cerita pasal her current pregancy. pasal komlikasi, risiko yang bakal dia terima masa nak lahirkan baby.
aku tak boleh nak cerita secara details. cuma aku boleh cakap mungkin doktor terpaksa buang rahim dia.aku tanya D dia ada plan nak pregnant lagi ke lepas ni, and D cakap dia ok je nak pregant lagi kalau Allah nak bagi. nampak dia sedih.  then D cakap dekat aku macam ni

"eta..eta beruntung sebab ada peluang mengandung dan bersalin masa umur masih awal 20an. macam D dah hujung 30 baru pregnant macam-macam masalah D kena. eta xde komlikasi macam D. takderisiko yang rahim eta akan kena buang. ingatlah kalau boleh janganlah mengandung dilewat usia ni. pesanlah dekat kawan-kawan eta. D pon pesan dekat kawan-kawan dan adik adik D"

aku tersentak sangat masa ni.
aku rasa yaAllah kenapa aku tak nampak nikmat yang besar ni 
aku rasa pregnant dan bersalin tu perkara yang remeh sebenarnya tak bagi orang lain. 
sampai aku lupa nak bersyukur tentang perkara yang satu ni.

ye aku tau ajal maut rezeki anak semua ni ketentuan tuhan, kalau dah Allah tetapkan jodoh sesorang tu lambat macam mana nak dapat anak masa usia muda. dan ada jugak yang kawen awal tapi rezeki anak bila umur lanjut.
tapi dalam kes aku dan D ni, Allah hantar D untuk keluarkan ayat tu untuk sedarkan aku.
betul. aku betul-betulk terkesan dengan konversation ni.

alhamdulillah aku terbuka hati dan sempat bersyukur dengan nikmat yang aku tak sedar. pelahan lahan aku berterima kasih dengan allah dan aku cuba hitung satu persatu nikmat yang allah bagi. dari sekecik kecik nikmat sampailah yang sebesar besar alam. 
terlalu banyak nikmat yang allah bagi dekat aku kalau nak dibandingkan dengan sedikit ujian remeh yang aku selit dekat aku.


pelan-pelan aku belajar bersyukur dan hargai setiap saat yang allah pinjam kan dekat aku. dan pelan-pelan jugak aku rasa bahagia meresap datang dalam jiwa aku. 

Wednesday, 26 August 2015

Kenapa Aku Pilih Homebirth



Masa aku lahirkan Khalil, bila orang tanya nak beranak kat mana, aku segan segan dan takut nak bagitau yang aku plan nak beranak dekat rumah. aku tak kisah lepas beranak kena pegi hospital, tapi masa nak beranak tu kalau boleh biarlah dirumah. dan sebenarnya cadangan homebirth ni bukan dari aku, tapi dari midwife sendiri. mula-mula aku plan nak beranak di hospital juga..tapi my community midwife cadangkan aku homebirth sahaja sebab kandungan aku low risk. aku tak setuju terus pon, aku cakap nanti 36 weeks aku bagi keputusan nak bersalin kat hospital atau di rumah.

so masa appointment 36 weeks dengan community midwife, aku decide nak bersalin di hospital, tapi midwife pulak tak happy sebab dia kalau boleh nak aku bersalin dirumah. beriya dia yakinkan aku yang aku adapat fully support dari midwife-midwife yang lain.

dah la masa tu tengah isu hangat pasal kematian seorang doula di Nottingham yang pilih untuk homebirth anak ke 5 dan di Malaysia jugak masa tu banyak tentangan dari ramai pihak kepada golongan yang memilih homebirth. keputusan aku untuk homebirth tak dipengaruhi oleh sesiapa, hasil perbincangan aku dan suami..dan selepas tanya pendapat keluarga di Malaysia akhirnya aku setuju untuk bersalin dirumah.

Faktor utama yang mendorong aku untuk bersalin dirumah adalah Khalid. Masa tu Khalid mengalami eczema dan sedang melalui fasa tropical steroid withdrawal (TSW). kisah eczema ni aku akan buat entry lain insyaAllah. waktu tu khalid perlukan penjagaan yang tersangat-sangat rapi. dan proces tu menyebabkan emosi Khalid terganggu. dan Khalid tak pernah dapat tidur malam yang sempurna. setiap jam dia akan bangun dan menangis sekuat hati sambil menggaru satu badan dan kami perlu lembabkan kulit dia setiap 1 jam. Khalid memang dah tantrum, ditambah pulak dengan TSW membuatkan dia sangat sangat cranky. Lain lah kalau aku di Malaysia, ada parents yang boleh tolong jagakan dia, tapi kat sini hanya kami bertiga dan kawan-kawan..dan kawan-kawan pon sibuk..jadi aku taknak susahkan sesapa.

ramai je kawan-kawan yang offer nak jagakan Khalid sementara aku dihospital. tapi aku tak yakin orang boleh handle Khalid punya menangis malam sebab TSW tu. aku taknak susahkan orang bangun berjaga setiap jam, sapu krim, pujuk khalid. sekali dia menangis bukan seminit dua, kadang-kadang sampai sejam dua.

Dan memandangkan kemudahan homebirth yang disediakan NHS membuatkan aku yakin yang keputusan aku tu betul. ada yang ingat aku pilih homebirth sebab nak glamer. oh, memang tak lah. kalo nak glamer baik aku gi nyanyi kat youtube ke..ataupun buat statement bodoh pastu sendiri viralkan. hahaha.

dan...ada kisah disebalik gambar waterfall ni. stay tuned